1) Berdoa agar disayangi.
2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara
lain bila dia balik ke rumah.
3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara
khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai).
4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn
tepat.
5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa
yg lebih penting adalah simpati.
6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30
minit.
7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai
hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau
semasa memujuk.
8)Masak makanan kegemaran suami.
9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti
rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.
10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis
kerjenya.
12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama
bila bersiap.
13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang
lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.
14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn
serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali
sehari.
16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah
sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.
17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya.
Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.
18)Bila memesan barang kpd suami yg
kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.
19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak
tujuh kali sehari.
21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila
penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.
22)Jika suami perlu menjauhkan diri
sekali-sekala,tanya bila dia pulang.
23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.
24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam
walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.
25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami
mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg
disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.
26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar.
Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma
risau.
27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur
bersama.
28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya
berbeza dgn org lain.
29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg
sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn
berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.
30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian
seksual.
31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau
masalah suami.
32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila
menonton bersama suami.
33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan
ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.
34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana
disukainya.
35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau
bertanya.
36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila
makan diluar.
37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar
baju yg dipakai.
38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan
dikhalayak ramai apabila disisinya.
39)Lebihkan suami daripada anak-anak.
40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti
tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.
41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan
sebagainya.
42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari
istimewa.
43)Pergi dating atau berbulan madu.
44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau
pulangkan paku buah keras.
45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.
46)Selalu urut suami.
47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.
48)Suami akan lebih bersemangat dan
bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan
bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.
49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.
50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah
walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur
pengantin.
52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak
kepadanya.
53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau
buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja
bersendirian waktu malam.
55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat
biasa.
56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami
mampu membawanya semua.
57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap
masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan
hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas
serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.
59)Jgn dera suami fizikal dan batin.
60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan
suami,org yg ditemui dan sebagainya.
61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.
62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian
sewajarnya.
63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin
tidur dulu,minta kebenaran suami.
64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi
kerja.
65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah
lucu.
66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.
67)Cari masa utk berdua-duaan.
68)Lakukan riadah bersama suami.
69)Pergi berkelah sekali-sekala.
70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm
pengetahuannya atau tidak).
71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.
72)Berikan apa yg dihajati suami.
73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75)Lakukan ibadah bersama.
76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri
tanpa sengaja.
77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu
utk isteri.
78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati
suami.
79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau
enggan membantu isteri.
80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih
sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada
isteri.
81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.
82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari
barang yg dia lupa dimana letaknya.
83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita
tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan
sebagainya.
84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara
terbuka tanpa menyalahkannya.
85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg
sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.
86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu
terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang.
Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai
suami.
87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak
mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.
88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa
sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang
melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.
89)Jgn cabar suami.
90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar
dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.
91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan
melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami
akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak
mengikut apa yg dipersetujui.
93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan
sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan
kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu
atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.
94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami
suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu
terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang,
puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97)Elakkan memberi nasihat jika tidak
diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat
dia beranggapan itu satu kelemahan.
98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg
menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan
sendiri yg mungkin salah.
99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita
suami bahagia dunia akhirat.
Source : Dr
Haji Mohd Fadzilah Kamsah